Doa Kejohanan Olahraga Tahunan

 

DOA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 56

SMK TENGKU TEMENGGONG AHMAD

 

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Sesungguhnya pada pagi ini, kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradatmu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 56 SMK TENGKU TEMENGGONG AHMAD .

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar

Justeru itu, kami memohon kepadamu, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk bersaing secara sihat, dan jauhkanlah kami daripada sebarang perkara-perkara yang tidak diingini.

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha kami ini, akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Doa Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM

DOA MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2025

SMK TENGKU TEMENGGONG AHMAD

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Kami merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat-Mu kerana dengan limpah kurnia dan izin-Mu, dapat kami berhimpun pada hari yang penuh bermakna ini dalam Majlis Penyerahan Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2025 bagi warga SMK Tengku Temenggong Ahmad.

Ya Allah,

Engkau berkatilah majlis kami ini, limpahkanlah rahmat dan keberkatan-Mu sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jadikanlah pertemuan ini sebagai satu pertemuan yang membawa kebaikan, ketenangan dan keberkatan kepada kami semua.

Ya Allah Ya Hakim,

Kami memohon kepada-Mu, kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak pelajar kami. Bagi mereka yang memperoleh keputusan yang membanggakan, jadikanlah mereka hamba-Mu yang bersyukur. Dan bagi mereka yang kurang berjaya, kurniakanlah kekuatan, ketabahan serta semangat untuk terus berusaha dan tidak berputus asa.

Ya Allah Ya Fattah,

Bukakanlah pintu-pintu kejayaan dan masa depan yang gemilang buat mereka. Permudahkanlah urusan mereka dalam melangkah ke alam yang lebih tinggi sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun kehidupan.

Ya Allah Ya Rahman,

Kami juga memohon agar Engkau memberkati usaha para guru yang telah mendidik dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Jadikanlah segala usaha mereka sebagai amal soleh yang diberkati dan diberikan ganjaran yang berlipat ganda.

Ya Allah,

Satukanlah hati-hati kami, kukuhkanlah silaturrahim antara warga sekolah, ibu bapa dan para pelajar. Jadikanlah kami semua dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dan berusaha ke arah kebaikan.

 

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ